Saturday, February 20, 2010

Bertahun hidu bau najis

Sabtu, 20 Februari 2010

Harian Metro

Bertahun hidu bau najis

Oleh Muhammad Apendy Issahak


2010/02/12




KUALA LUMPUR: Penduduk Pangsapuri Blok A, Taman Bukit Anggerik, terpaksa menanggung derita sejak beberapa tahun lalu akibat sistem pembetungan di kawasan perumahan itu tersumbat.

Ia mengakibatkan najis melimpah keluar melalui lubang tandas dan longkang sekali gus menyebabkan penduduk di kawasan itu tidak selesa kerana terpaksa menghidu bau najis setiap waktu.

"Macam mana kami hendak hidup selesa, air dan najis akan melimpah keluar dari mangkuk tandas dan membanjiri lantai tandas dan ruang dapur kami," kata penduduk, Muhd Nasri Suid, 38, yang sudah lebih lima tahun menginap di situ.

Muhd Nasri berkata, masalah terbabit sudah lama mereka hadapi dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) juga pernah menyedut kumbahan najis bagi melancarkan kembali sistem pembetungan berkenaan.


Namun, katanya, ia cuma berkesan untuk tempoh waktu yang singkat saja dan kira-kira tiga bulan kemudian, pembetung kembali tersumbat.

Dia berkata demikian ketika wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), turut hadir membuat tinjauan bagi mengenal pasti punca sebenar masalah yang dialami penduduk di kawasan itu.

Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat Span, Kamarul Bahri Abdul Kadir, berkata pemeriksaan jurutera Span mendapati saluran paip yang mengalirkan kumbahan najis ke sistem pembetungan utama mungkin pecah dan tersumbat.

"Ini kali keempat kami datang ke sini. Tindakan awal dilakukan IWK tetapi masih gagal menyelesaikan masalah. Kami dapati mungkin ada saluran paip yang pecah.

"Kami juga dapati ada kesan kerja pengorekan tanah di kawasan saluran paip berkenaan oleh pihak tidak diketahui yang sudah di simen semula," katanya.


Kamarul Bahri berkata, Span menasihatkan penduduk supaya melantik kontraktor dengan segera untuk menggantikan paip yang pecah itu.

"Perkara ini perlu dibaiki segera kalau tidak mahu najis kembali melimpah. Ia menjejaskan kesihatan penduduk sekitar kerana kumbahan terbabit akan menyebabkan pelbagai penyakit," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Perkhidmatan Kawasan Parlimen Bandar Tun Razak, Lim Heng Lin, yang turut meninjau masalah itu berjanji akan berbincang dengan Ahli Parlimen kawasan terbabit, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mendapatkan pandangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan segera masalah itu.







排污管坍塌污水倒流 居民需自费解决

更新: February 11, 2010 18:04
排污管坍塌污水倒流 居民需自费解决
地点:蕉赖胡姬岭A座组屋(吉隆坡11日讯)国家水供服务委员会(SPAN)指,疑是组屋地底排污管衔接主要排污管坍塌,引发蕉赖胡姬岭A座组屋污水倒流问题。
蕉赖胡姬岭A座组屋共有5层90个单位,约4年来皆出现污水倒流情况,特别是底层及一楼单位更首当其冲,每次楼上单位冲厕或用水,所有污水都从民宅的马桶倒流溢出。
国家水供服务委员会直辖区部工程师莫哈末说,他们已在去年年底完成调查报告,组屋污水倒流可能是地底水管处问题。
助设联合管理机构
莫哈末今日在有关组屋向马华敦拉萨国会选区服务中心主任林廷联及居民汇报有关报告时说,污水无法流向主要排污管,所以才倒流回民宅。
“但主要排污管属于居民管辖范围,所以居民需自费解决。”
他说,主要排污管坍塌可能是当年建筑留下的收尾,但也有可能是有工程在主要水排污管上,而影响水管结构。
林廷联说,他会向敦拉萨区国会议员丹斯里卡立要求,是否能先拨款解决主要排污管坍塌费用,国会议员有一定拨款。
“之后我会先吉隆坡市政局及英达丽水。”
他说,他会先协助居民成立联合管理机构,如果一定要居民自费,也能有一个机构负责筹资。
费用约1万5000
国家水供服务委员会直辖区高级行政公关卡玛鲁说,居民可自费找承包商解决,费用约1万至1万5000令吉。
“污水倒流不仅是臭味问题,甚至还涉及卫生和威胁健康,居民需尽快解决。”
他说,高楼住宅经常出现污水倒流,可能是居民把垃圾丢在马桶,破坏整个排污系统。
污水影响建筑结构
居民说,整栋建筑物底层都积满污水,直接影响建筑物结构,随时会有坍塌危机。
他们说,污水问题从约4年前已发生,当时国能公司刚好也在主要排污管地点上有安装地底电缆工程。
“我们怀疑是有关工程导致整栋楼污水倒流。”
居民说,建筑物底层已空心,底层很多单位的门因为地面下沉,已无法上锁,积满污水的地底也经常在建筑物四周溢出。
为了避免用水,居民除了三餐在外解决外,每次冲凉、洗刷甚至如厕都要借用亲友家,非常不便,也影响他人生活。
不敢用水
 ★居民陈永贤
现在不仅是污水倒流问题,担心整栋建筑物结构出问题。
很多时候我们都不敢用水,底层经常出现污水倒流,如果严重,一楼民宅也面对此问题。
聘人解决
 ★居民廖隆兴
我们多次自付聘请承包商抽污水,不到两天又积满污水,家里的马桶、洗脸盆,只要排水的地方都溢出污水。
建筑物也有下沉现象,我们担组屋结构受影响。
只要承包商用高水压的喷射主要排污管,整栋楼的污水即刻流向主要排污管,所以我们肯定是主要排污管坍塌,堵塞整栋楼的污水流通。